a

下次再来哟!!
下次再来哟!!

dc


***☆☆→29/6/2013 Hari Keluarga ←☆☆


***¤¤¤▷Sjk (c) Shih Chung Cawangan bertekad mencapai Sekolah Cemerlang Menjelang 2015!!!◁¤¤¤***

5S

5S

Monday, September 24, 2012




MISI SEKOLAH
VISI SEKOLAH

Sunday, September 23, 2012

Official Use of SCHOOL MANAGEMENT SYSTEM Web-base Version (SMS)



Dear Parents,

Re: Official Use of SCHOOL MANAGEMENT SYSTEM Web-base Version (SMS)

            Commencing of year 2013, PIBG and school are working together in implementing Digital School (DS) concept, a trailblazing initiative that will enable our students to benefit from advance computer and communication technologies. As part of the effort, we have upgraded the School Management System (SMS) to a web-based community network. Parents will be able to log on the web-based SMS to check your child’s information and progress in school.

            Implementation of the web-based SMS leads us stepping into 3rd phase of our Digital School Project. The 1st phase of computer in education and the 2nd phase of the computerized school administration were successfully initiated. The main objective of the 3rd phase is to promote interactive e-learning and integrating school syllabus with school administration via our school’s website in the near future. The successful deployment of Digital School Project remarkably performing the IT communication in between school and parents has been upgraded to the phase where you can monitor the progress of your child in school, even without stepping into school compound! Through the school web portal, our education system will become more accessible and interactive between parents and school which enhances the effectiveness of our children’s education.

Kindly browse  www.shihchungcaw.edu.my and key in :
Login username         :           xxx (Student No.)
Password                    :           xxx (Birth Certificate-Capital Letter) ~ case sensitive
Student’s name            :           xxx
Class                            :           xxx

            You are welcomed to log on to the web-based SMS system by using the student ID  provided. Through the SMS system, you are able to check your child’s homework, school announcements, and teachers comment. Beside that’s,  you may also use the function bar to check  child’s attendance, and exam result after the exam result announce date given.

            As school web-based SMS is now at the initial stage of implementing, some functions haven’t completely in use. Your constructive feedback is very much appreciated. We will collect all your suggestions for a better improvement. We thank you in advance and look forward to your active participation.    

           
 Thank you.


Headmistress of SJK (C) Shih Chung Caw.
Mdm. Chew Guat Bee

Sejarah Sekolah



Tahun 1908 - 1941
SJK (C) Shih Chung diasaskan pada tahun 1908. Pada tahun 1938, Sekolah Shih Chung Cawangan yang beralamat di Jalan Sultan Ahmad Shah ditubuhkan untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah di Sekolah Shih Chung Pusat di Love Lane bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah. Dengan penubuhan sekolah ini, sesi petang di Sekolah Shih Chung Pusat dibatalkan.

Pada bulan Oktober 1941, di bawah akta darurat, bangunan sekolah ini digunakan oleh tentera Jepun sebagai salah sebuah pusat pentadbirannya. Murid-murid sekolah ini dipindahkan ke sekolah Shih Chung Pusat di Love Lane.

Tahun 1949 - 1957
Pada bulan April 1949, pihak tentera British mengembalikan bangunan sekolah ini. Setelah kerja membaik-pulih, sebahagian murid dari Sekolah Shih Chung Pusat dipindahkan kembali ke sekolah ini untuk meneruskan pelajaran mereka. Oleh kerana bilangan murid sekolah ini semakin bertambah, enam buah bilik darjah yang baru didirikan pada tahun 1957.





Tahun 1961
Pada tahun 1961, kerajaan melaksanakan Sistem Gaji Seragam. Mulai hari itu, Sekolah Shih Chung Pusat dan Cawangan dipisahkan dan menjalankan pentadbiran sekolah secara berasingan.


Tahun 70-an
Menjelang tahun 70an, bilangan murid sekolah ini mulai merosot akibat perpindahan penduduk-penduduk persekitaran sekolah ke kawasan pembangunan baru seperti Bayan Baru dan sebagainya.

Tahun 80-an
Menjelang tahun 80an, usaha-usaha telah dibuat oleh pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah ini. YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, pada masa itu adalah ahli Parlimen Tanjung, turut memberi bantuan dalam perkara tersebut. Walkaton Sekolah Shih Chung yang dianjurkan oleh Persatuan Khek dan Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Shih Chung itu diadakan pada 16 Oktober 1988. Perayaan Ulangtahun ke 80 Sekolah Shih Chung dan Perayaan Ulangtahun ke 50 Persatuan Khek Pulau Pinang diadakan pada 22 Oktober untuk mengutip derrma demi pembangunan sekolah.



Tahun 1990-1994
Mulai tahun 1990, beberapa tapak tanah yang terletak di Relau, Paya Terubong dan beberapa tempat lagi telah dicadang dan dikaji oleh Jemaah Pengurus Sekolah untuk membina sekolah yang baru. Oleh kerana faktor-faktor dan unsur-unsur yang tertentu, tapak-tapak tersebut didapati tidak sesuai untuk dijadikan tapak sekolah yang baru.
Pada 15 Julai 1992, tuanpunya tanah sekolah ini mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk menjual tapak tanah yang diduduki oleh sekolah ini. Setelah berbincang mengenai perkara tersebut, Jemaah Pengurus Sekolah memohon pertolongan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau amat mengambil berat terhadap perkara ini dan berjanji mencari tapak baru untuk sekolah ini.
Pada 6 Ogos 1993, Jemaah Pengurus Sekolah menerima tawarang wang pampasan perpindahan sekolah yang dikemukakan oleh pihak yang berkenaan. Sebelum ini, Tuan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang telah bersetuju dengan perpindahan sekolah ini ke Sekolah Shih Chung Pusat buat sementara.

Pada 17 November 1993, dengan bantuan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang bersetuju memperuntukkan sebidang tanah seluas lebih kurang 2 ekar di Sungai Nibong kepada sekolah ini untuk dibina bangunan baru sekolah.
 
Pada 5 Februari 1994, Jemaah Pengurus Sekolah bersetuju membeli tapak tanah tersebut dengan harga yang ditawarkan oleh pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang iaitu RM958,320.00.
Pada 15 Julai 1994, surat perjanjian jualbeli tanah tersebut antara pihak Jemaah Pengurus Sekolah dan pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang ditandatangani.
Sekolah ini berpindah ke Sekolah Shih Chung Pusat mulai November 1994 sementara menunggu bangunan baru sekolah siap dibina.
Tahun 1995 - Kini
Mulai tahun 1995, semua murid ( 50 orang ) menjalankan proses pembelajaran di Sekolah Shih Chung Pusat di Love Lane di bawah Guru Besar baru En. Teoh Keng Wah dan selepas setahun diganti oleh Pn. Leow Kok Wah.
Pada 27 Mei 1997, Guru Besar Pn. Tan Hwa Hwa mengaturkan satu dialog di antara Jemaah Pengurus Sekolah, kontraktor dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang memandangkan selepas hujung tahun, bilangan murid hanya tinggal 16 orang sahaja. Semua bersetuju dengan sebulat suara bahawa bangunan baru sekolah mesti disiapkan dalam hujung tahun 1997.
Pada 18 September 1997, perletakan Batu Asas SJK (C) Shih Chung Cawangan Sungai Nibong oleh YAB Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Pulau Pinang atas jasa beliau dalam pembelian tapak sekolah.
22 September 1997, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang mengagihkan 76 orang murid Tahun Satu untuk membuat pengesahan pendaftaran.
19 November 1997, semua murid Tahun 3, 5 bersetuju ditukar ke Sekolah Shih Chung Pusat meneruskan pelajaran mereka.
23 Disember 1997, dengan kerjasama Penyelia Sekolah Cina En. Tan Eng Hea dan bapa angkat sekolah En. Ong Shin Tiad, Jemaah Pengurus Sekolah berunding dengan Jemaah Pengurus dan Guru Besar SJK (C) Kwang Hwa tentang peminjaman dewan sekolah tersebut sebagai bilik sementara memandangkan bangunan baru sekolah tidak sempat disiapkan.
 
3 Januari 1998, dengan kerjasama semua pihak, semua murid Tahun Satu (79 Orang) dapat menjalankan pembelajaran di dalam dewan sekolah Kwang Hwa. Semua kerusi meja baru dibantu oleh ADUN Batu Uban Dato Kee Phaik Cheen.
4 Januari 1999, murid-murid dapat berpindah ke bangunan baru dan bilangan murid telah pun meningkat ke 227 orang dimana Tahun 1 (136) orang dan Tahun 2 ( 91 orang)
Pada 8 Jan 2000 , bilangan murid telah puyn meningkat ke 430 orang iaitu Tahun 1 (184 orang), Tahun 2 (141 orang) dan Tahun 3 (105 orang). Bilangan staf guru pula seramai 17 orang.
1 Ogos 2000, pembinaan blok B (sebanyak 12 buah bilik darjah dan Blok Pentadbiran) telah mula dibinakan.
15 Disember 2000 , Blok pentadbiran telah pun siap dibina. Pejabat Guru pun dipindahkan ke Blok Pentadbiran.
3 Jan 2001, bilangn kelas juga bertambah ke 15 kelas dan bilangan murid telah pun meningkat ke 612 orang murid. Tahun 1 (174 orang), Tahun 2 (183 orang), Tahun 3 (147 orang) dan Tahun 4 (108 orang).
1 Dis 2001 Blok Bangunan B telah siap dibina.
7 Jan 2002 Pihak sekolah telah mempunyai 24 buah bilik darjah untuk penggunaan. Pintu besar depan sekolah telah mula digunakan. Bilangan kelas telah bertambah ke 20 kelas dan bilangan murid telah meningkat ke 820 orang Tahun 1 (213 orang),Tahun 2 (173 orang),Tahun 3 (181 orang), Tahun 4 (147 orang) dan Tahun 5 (106 orang)
Mac 2003 Sebuah bilik komputer, bilik Pusat Sumber dan Bilik Multimedia telahpun siap dibina. YB Dato Wong Kam Hoong, Adun Parlimen Kawasan Bayan Lepas telah merasmikan upacara pembukaan. Pada tahun ini, bilangan murid telah pun meningkat ke 1055 orang. Pada masa itu juga, sekolah dibahagikan kepada dua sesi.
Jan 2004 Pada tahun itu, bilangan murid adalah sebanyak 1135 orang dan mempunyai 28 kelas bagi Tahun 1 hingga ke Tahun 6.
Jan 2005 Bilangan murid telah meningkat ke 1177 orang dan membuka sebanyak 29 kelas.
14 Mei 2005 Sempena Hari Keluarga, pihak sekolah telah menjemput Pengerusi PIBG untuk merasmikan Bilik-bilik Khas seperti Bilik Muzik, Bilik Sains, Bilik Kaunseling dan Bimbingan dan sebagainya.


Jan 2006 Bilangan murid telah meningkat ke 1210 orang dan membuka sebanyak 31 kelas.
Jun 2006 Pihak sekolah telah mendirikan dua buah bilik Boss (SPBT), dua buah bilik Bahan Bantu Mengajar dan sebuah bilik aktiviti.
14 Jul 2006 Pihak sekolah telah menerima Anugerah Cemerlang Program Membaca Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur. Majlis Anugerah Cemerlang disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato Sri Hishamuddin B. Tun Hussein.
Jan 2007 Bilangan pelajar telah meningkat 1277 orang dan membuka sebanayak 33 kelas.

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah dapat melengkapi sebanyak 22 buah locker dalam bilik darjah untuk murid menyimpan buku-buku latihan. Kami telah siap membina bumbung di luar bilik darjah serta menukar tingkap di bilik A. Satu set CCTV yang mengandungi 32 kamera telah dipasang di kawasan sekolah demi menjaga keselamatan anak murid dalam sekolah.

Dalam tahun ini, pihak sekolah telah dianugerahkan Pusat Sumber Cemerlang bagi Kategori Sekolah Rendah (dalam Bandar) oleh JPN, Pulau Pinang.
Pihak sekolah juga mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Matematik peringkat Keb. Anjuran Persekutuan Persatuan-persatuan Ka Yin Chu Malaysia.
Dalam peringkat negeri, pihak sekolah telah menjadi johan dalam pertandingan kuiz Sains dan juga johan dalam pertandingan Matematik anjuran Jabatan Pelajaran Malaysia.
 Tahun 2008 pihak sekolah telah menaik taraf  pentas dewan. Pada 17 Oktober 2008, sekolah Shih Chung Pusat dan Cawangan telah meraikan Perayaan Ulang Tahun ke 100 dan merasmikan bangunan baru Shih Chung Cawangan.
Tahun 2009 pihak sekolah dengan kerjasama PIBG membiaki dan menaik taraf  hose pemadam api dalam kawasan sekolah dan membina koridor berbumbung di tepi pintu hadapan untuk memudahkan ibu bapa membawa anak-anak mereka semasa datang ke sekolah atau pulang ke rumah. 
Pelajar Seng Teik Chuan dan Tarshini telah mendapat olahragawan dan olahragawati yang terbaik dalam MSSPP Peringkat Negeri.  Seng Teik Chuan juga mendapat pingat emas dalam olahraga 100 meter MSSM.

Pihak sekolah mendapat anugerah  cemerlang antara sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cina negeri Pulau Pinang  dalam peperiksaan UPSR Tahun 2009.
 Tahun 2010 Pihak sekolah dengan bantuan Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah , PIBG dan ibubapa telah siap membina se buah tempat menunggu bas dan koridor berbumbung.
Pelajar  Wong Kai Wern telah mendapat Pingat Emas dalam Pertandingan 2010 Asian Young Inventions Of Energy Exhibition For International Group (AYEE 2010) dan 2010 Asian Young Inventions Of Energy Exhibition For Special Prize of Korea Inventuion News (AYEE 2010).
 Tahun 2011 Pihak sekolah dengan bantuan PIBG dan Lembaga Pengurus Sekolah telah menaik taraf  tandas Guru, membina bumbung di sekeliling dewan sekolah supaya air tidak  takung.
Pada bulan Februari, Guru Besar Pn Chew Guat Bee telah di anugerahkan Guru Besar Cemerlang dalam Tawaran Baru kepada Guru Besar ,bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) 2010.
Pada bulan Mei, Lembaga Pengurus sekolah dengan kerjasama ibubapa telah menyiapkan hawa dingin di dalam dewan sekolah supaya pelajar mempunyai suatu tempat yang selesa untuk menjalankan aktiviti dalam dewan.
 Pada bulan November, pihak sekolah juga telah membaiki kedua-dua tangga di blok  B dan juga membaiki lantai yang retak di dalam 8 buah bilik darjah di blok B sekolah.
Pelajar  Wong Kai Wern , Jonathan Aeruthayan dan Tan Su Fern telah memenangi 4 hadiah khas dalam ITEX (International Invention, Innovation & Technology Exhibition Tahun 2011
1. Best Asian Young Inventors Award 2011
2. World Intellectual Property Organization (WIPO) Best Young Inventors (Primary School)
3. ITEX 2011 & AYIE 2011 Enviromental and Renewable Energy Gold Award
4. Malaysian Young Inventors Competition (MYIC) Primary School Category Gold Award


Pelajar Tan Puay Leng  mendapat Johan dalam pertandingan Ujian Bertulis dalam Bahasa Malaysia Piala Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia .
Pelajar Tan Su Fern dianugerahkan Tokoh Nilam Peringkat Negeri (kategori Bandar Tahun 2011.
Tahun 2012  ,September , Pihak sekolah dengan kerjasama Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah dan PIBG telah melancarkan E Digital Classroom. Sebanyak 23 buah bilik darjah telah pun dilengkapkan dengan peralatan ICT yang terkini di mana guru boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran melalui server dan mendapatkan info dengan lebih berkesan.
Pada bulan Februari, pelajar Wong Kai Wern memenangi Special Award dan Gold Prize dalam 2012 IYIE International Youth Invention Exhibition yang berlangsung di Taiwan.
Pada bulan Mac, Guru Besar Pn Chew Guat Bee telah sekali lagi di anugerahkan Guru Besar Cemerlang dalam Tawaran Baru kepada Guru Besar ,bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) 2011
Pada bulan April, pihak sekolah telah dianugerahkan:
1.    Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Pulau Pinang
2.    Tokoh Nilam Peringkat Negeri Pulau Pinang (Kategori Bandar) – Tan Jia Qi
3.    Guru Media Cemerlang Peringkat Negeri Pulau Pinang- Pn Yeoh Peek Cheok
Pada bulan Jun, PIBG sekolah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan PIBG Cemerlang Daerah Timur Laut anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
Pada bulan Jun,  pihak sekolah juga telah membaiki  lantai yang retak di dalam 11 buah bilik darjah di blok A sekolah.