Tahun 1908 - 1941
|
|
SJK (C) Shih Chung diasaskan pada tahun 1908. Pada tahun 1938,
Sekolah Shih Chung Cawangan yang beralamat di Jalan Sultan Ahmad Shah
ditubuhkan untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah di Sekolah Shih
Chung Pusat di Love Lane bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah.
Dengan penubuhan sekolah ini, sesi petang di Sekolah Shih Chung Pusat
dibatalkan.
|
|
|
Pada bulan Oktober
1941, di bawah akta darurat, bangunan sekolah ini digunakan oleh tentera
Jepun sebagai salah sebuah pusat pentadbirannya. Murid-murid sekolah ini
dipindahkan ke sekolah Shih
Chung Pusat di Love Lane.
|
Tahun 1949 - 1957
|
|
Pada bulan April
1949, pihak tentera British mengembalikan bangunan sekolah ini. Setelah
kerja membaik-pulih, sebahagian murid dari Sekolah Shih Chung Pusat
dipindahkan kembali ke sekolah ini untuk meneruskan pelajaran mereka. Oleh
kerana bilangan murid sekolah ini semakin bertambah, enam buah bilik darjah
yang baru didirikan pada tahun 1957.
|
|
Tahun 1961
|
Pada tahun 1961, kerajaan melaksanakan Sistem Gaji Seragam. Mulai
hari itu, Sekolah Shih Chung Pusat dan Cawangan dipisahkan dan menjalankan
pentadbiran sekolah secara berasingan.
|
Tahun 70-an
|
|
Menjelang tahun
70an, bilangan murid sekolah ini mulai merosot akibat perpindahan
penduduk-penduduk persekitaran sekolah ke kawasan pembangunan baru seperti
Bayan Baru dan sebagainya.
|
|
Tahun 80-an
|
|
|
Menjelang tahun 80an,
usaha-usaha telah dibuat oleh pihak yang berkenaan untuk mengatasi
masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah ini. YAB Ketua Menteri Pulau
Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, pada masa itu adalah ahli Parlimen Tanjung,
turut memberi bantuan dalam perkara tersebut. Walkaton Sekolah Shih Chung
yang dianjurkan oleh Persatuan Khek dan Persatuan Murid-murid Tua Sekolah
Shih Chung itu diadakan pada 16 Oktober 1988. Perayaan Ulangtahun ke 80
Sekolah Shih Chung dan Perayaan Ulangtahun ke 50 Persatuan Khek Pulau Pinang
diadakan pada 22 Oktober untuk mengutip derrma demi pembangunan sekolah.
|
Tahun 1990-1994
|
|||||||||
Mulai tahun 1990,
beberapa tapak tanah yang terletak di Relau, Paya Terubong dan beberapa
tempat lagi telah dicadang dan dikaji oleh Jemaah Pengurus Sekolah untuk
membina sekolah yang baru. Oleh kerana faktor-faktor dan unsur-unsur yang
tertentu, tapak-tapak tersebut didapati tidak sesuai untuk dijadikan tapak
sekolah yang baru.
Pada 15 Julai 1992,
tuanpunya tanah sekolah ini mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Pulau
Pinang untuk menjual tapak tanah yang diduduki oleh sekolah ini. Setelah
berbincang mengenai perkara tersebut, Jemaah Pengurus Sekolah memohon
pertolongan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau amat mengambil berat
terhadap perkara ini dan berjanji mencari tapak baru untuk sekolah ini.
Pada 6 Ogos 1993,
Jemaah Pengurus Sekolah menerima tawarang wang pampasan perpindahan sekolah
yang dikemukakan oleh pihak yang berkenaan. Sebelum ini, Tuan Pengarah
Pendidikan Pulau Pinang telah bersetuju dengan perpindahan sekolah ini ke
Sekolah Shih Chung Pusat buat sementara.
|
|||||||||
Pada 17 November
1993, dengan bantuan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon
dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, pihak Perbadanan Pembangunan Pulau
Pinang bersetuju memperuntukkan sebidang tanah seluas lebih kurang 2 ekar di
Sungai Nibong kepada sekolah ini untuk dibina bangunan baru sekolah.
|
|
||||||||
Pada 5 Februari
1994, Jemaah Pengurus Sekolah bersetuju membeli tapak tanah tersebut
dengan harga yang ditawarkan oleh pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
iaitu RM958,320.00.
Pada 15 Julai 1994,
surat
perjanjian jualbeli tanah tersebut antara pihak Jemaah Pengurus Sekolah dan pihak
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang ditandatangani.
Sekolah ini berpindah
ke Sekolah Shih Chung Pusat mulai November 1994 sementara menunggu
bangunan baru sekolah siap dibina.
1 Dis 2001 Blok Bangunan B telah siap dibina.
7 Jan 2002 Pihak sekolah telah mempunyai 24
buah bilik darjah untuk penggunaan. Pintu besar depan sekolah telah mula
digunakan. Bilangan kelas telah bertambah ke 20 kelas dan bilangan murid
telah meningkat ke 820 orang Tahun 1 (213 orang),Tahun 2 (173 orang),Tahun 3
(181 orang), Tahun 4 (147 orang) dan Tahun 5 (106 orang)
Mac 2003 Sebuah bilik komputer, bilik Pusat
Sumber dan Bilik Multimedia telahpun siap dibina. YB Dato Wong
Kam Hoong, Adun Parlimen Kawasan Bayan Lepas telah merasmikan upacara
pembukaan. Pada tahun ini, bilangan murid telah pun meningkat ke 1055 orang.
Pada masa itu juga, sekolah dibahagikan kepada dua sesi.
Jan 2004 Pada tahun itu, bilangan murid
adalah sebanyak 1135 orang dan mempunyai 28 kelas bagi Tahun 1 hingga ke
Tahun 6.
Jan 2005 Bilangan murid telah meningkat ke
1177 orang dan membuka sebanyak 29 kelas.
14 Mei 2005 Sempena Hari Keluarga, pihak
sekolah telah menjemput Pengerusi PIBG untuk merasmikan Bilik-bilik Khas
seperti Bilik Muzik, Bilik Sains, Bilik Kaunseling dan Bimbingan dan
sebagainya.
Jan 2006 Bilangan murid telah meningkat ke
1210 orang dan membuka sebanyak 31 kelas.
Jun 2006 Pihak sekolah telah mendirikan dua
buah bilik Boss (SPBT), dua buah bilik Bahan Bantu Mengajar dan sebuah bilik
aktiviti.
14 Jul 2006 Pihak sekolah telah menerima Anugerah Cemerlang Program
Membaca Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur. Majlis Anugerah Cemerlang
disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato Sri Hishamuddin B. Tun
Hussein.
Jan 2007 Bilangan pelajar
telah meningkat 1277 orang dan membuka sebanayak 33 kelas.Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah dapat melengkapi sebanyak 22 buah locker dalam bilik darjah untuk murid menyimpan buku-buku latihan. Kami telah siap membina bumbung di luar bilik darjah serta menukar tingkap di bilik A. Satu set CCTV yang mengandungi 32 kamera telah dipasang di kawasan sekolah demi menjaga keselamatan anak murid dalam sekolah. Dalam tahun ini, pihak sekolah telah dianugerahkan Pusat Sumber Cemerlang bagi Kategori Sekolah Rendah (dalam Bandar) oleh JPN, Pulau Pinang. Pihak sekolah juga mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Matematik peringkat Keb. Anjuran Persekutuan Persatuan-persatuan Ka Yin Chu Malaysia. Dalam peringkat negeri, pihak sekolah telah menjadi johan dalam pertandingan kuiz Sains dan juga johan dalam pertandingan Matematik anjuran Jabatan Pelajaran Malaysia. Tahun 2008 pihak sekolah telah menaik taraf pentas dewan. Pada 17 Oktober 2008, sekolah Shih Chung Pusat dan Cawangan telah meraikan Perayaan Ulang Tahun ke 100 dan merasmikan bangunan baru Shih Chung Cawangan. Tahun 2009 pihak sekolah dengan kerjasama PIBG membiaki dan menaik taraf hose pemadam api dalam kawasan sekolah dan membina koridor berbumbung di tepi pintu hadapan untuk memudahkan ibu bapa membawa anak-anak mereka semasa datang ke sekolah atau pulang ke rumah. Pelajar Seng Teik Chuan dan Tarshini telah mendapat olahragawan dan olahragawati yang terbaik dalam MSSPP Peringkat Negeri. Seng Teik Chuan juga mendapat pingat emas dalam olahraga 100 meter MSSM. Pihak sekolah mendapat anugerah cemerlang antara sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cina negeri Pulau Pinang dalam peperiksaan UPSR Tahun 2009.
Tahun 2010 Pihak sekolah
dengan bantuan Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah , PIBG dan ibubapa telah siap
membina se buah tempat menunggu bas dan koridor berbumbung.
Pelajar Wong Kai Wern telah
mendapat Pingat Emas dalam Pertandingan 2010 Asian Young Inventions Of Energy
Exhibition For International Group (AYEE 2010) dan 2010 Asian Young
Inventions Of Energy Exhibition For Special Prize of Korea Inventuion News
(AYEE 2010).
Tahun 2011 Pihak sekolah dengan bantuan PIBG dan Lembaga Pengurus Sekolah telah
menaik taraf tandas Guru, membina
bumbung di sekeliling dewan sekolah supaya air tidak takung.
Pada bulan Februari, Guru Besar Pn Chew Guat Bee telah di anugerahkan
Guru Besar Cemerlang dalam Tawaran Baru kepada Guru Besar ,bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) 2010.
Pada bulan Mei, Lembaga Pengurus sekolah dengan kerjasama ibubapa telah
menyiapkan hawa dingin di dalam dewan sekolah supaya pelajar mempunyai suatu
tempat yang selesa untuk menjalankan aktiviti dalam dewan.
Pada bulan November, pihak sekolah
juga telah membaiki kedua-dua tangga di blok
B dan juga membaiki lantai yang retak di dalam 8 buah bilik darjah di
blok B sekolah.
Pelajar Wong Kai Wern , Jonathan
Aeruthayan dan Tan Su Fern telah memenangi 4 hadiah khas dalam ITEX
(International Invention, Innovation & Technology Exhibition Tahun 2011
1. Best Asian Young Inventors Award 2011
2. World Intellectual Property Organization (WIPO) Best Young Inventors
(Primary School)
3. ITEX 2011 & AYIE 2011 Enviromental and Renewable Energy Gold Award
4. Malaysian Young Inventors Competition (MYIC) Primary School Category
Gold Award
Pelajar Tan Puay Leng mendapat
Johan dalam pertandingan Ujian Bertulis dalam Bahasa Malaysia Piala Perdana
Menteri Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia .
Pelajar Tan Su Fern dianugerahkan Tokoh Nilam Peringkat Negeri (kategori
Bandar Tahun 2011.
Tahun 2012 ,September , Pihak sekolah dengan kerjasama Lembaga Jemaah
Pengurus Sekolah dan PIBG telah melancarkan E Digital Classroom. Sebanyak 23
buah bilik darjah telah pun dilengkapkan dengan peralatan ICT yang terkini di
mana guru boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran melalui server dan
mendapatkan info dengan lebih berkesan.
Pada bulan Februari, pelajar Wong Kai Wern memenangi Special Award dan
Gold Prize dalam 2012 IYIE International Youth Invention Exhibition yang
berlangsung di Taiwan.
Pada bulan Mac, Guru Besar Pn Chew Guat Bee telah sekali lagi di
anugerahkan Guru Besar Cemerlang dalam Tawaran Baru kepada Guru Besar ,bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) 2011
Pada bulan April, pihak sekolah telah dianugerahkan:
1. Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Pulau Pinang
2. Tokoh Nilam Peringkat Negeri Pulau Pinang (Kategori Bandar) – Tan Jia Qi
3. Guru Media Cemerlang Peringkat Negeri Pulau Pinang- Pn Yeoh Peek Cheok
Pada bulan Jun, PIBG sekolah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan
PIBG Cemerlang Daerah Timur Laut anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Pulau
Pinang.
Pada bulan Jun, pihak sekolah juga
telah membaiki lantai yang retak di
dalam 11 buah bilik darjah di blok A sekolah.
|